Israel akhirnya akui bunuh Ismail Haniyeh
Israel akhirnya mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Pengakuan itu dibuat kepada Amerika Syarikat (AS), menurut Washington Post.
Susulan itu, Presiden AS, Joe Biden dilapor berang dengan tindakan rejim zionis tersebut.
Kemarahan AS terhadap Israel telah tercetus lebih awal kerana Tel Aviv gagal memaklumkan mereka sebelum melancarkan operasi lain untuk membunuh Hizbullah atau komander Iran.
Namun, tiada tanda-tanda untuk Biden bersedia untuk memberikan tekanan kepada Israel seperti menghadkan bantuan ketenteraan.
Ismail Haniyeh dibunuh pada 31 Julai lalu di ibu negara Iran, selepas beliau menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu, Dr Masoud Pezeshkian.
Pengawal Revolusi Iran berkata, Israel membunuh Ismail Haniyeh menggunakan peluru berpandu jarak dekat yang dilancarkan dari luar penginapannya di Tehran.
BACA JUGA Gaji MB Terengganu rupanya lagi tinggi dari Selangor, hasil negeri…
Â