Teruk presiden MOM kena kecam lepas jawab ada kuota khas bawa tetamu
Penjelasan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bahawa beliau mempunyai kuota khas untuk membawa sesiapa sahaja “tetamunya” ke temasya Olimpik Paris 2024, nampaknya terus menerus meledakkan kemarahan orang ramai.
Mereka berterusan mengecam Norza Zakaria yang dituduh menjadi punca pemain badminton wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa menghadapi perlawanan berseorangan tanpa ditemani jurulatih profesionalnya, Nova Armada.
“Kuota seeloknya untuk mereka yang boleh sama-sa membantu menaikkan sukan negara. Bawa bini anak cucu ni rasanya tak menepati matlamat kuota yang diberikan”.
Demikian antara komen ditinggalkan pengguna media sosial pada beberapa berita berkaitan Norza.
Penyokong sukan negara berkata, tetamu VIP atau jawatan VIP tidak sepatutnya lagi dibudayakan dengan kemewahan.
Menurut mereka, daripada membawa tetamu khas, adalah lebih baik dibawa jurulatih yang boleh menambah manfaat kepada atlet.
“Tetamu khas buat semak bukan boleh sumbang pingat pon. ya saya marah,” kata Aliff.
Sementara itu ada yang mencadangkan agar Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta timbalannya, Adam Adli melakukan reformasi dalam pengurusan sukan.
“Buang semua ahli politik dalam pengurusan sukan dan letakan semua atlet lagenda sebagai ahli pengurusan sukan mengikut bidang masing-masing. Tolong ubah sukan kita,” kata seorang warga maya.
Sejak semalam tular ciapan warganet di X yang mempersoalkan gambar isteri dan anak lelaki Norza yang dibawa menonton acara Olimpik di Paris.
Ia dikaitkan pula dengan nasib pemain badminton wanita negara, Goh Jin Wei yang terpaksa keseorangan
Namun Jin Wei dibantu Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.
Untuk rekod, Jin Wei merupakan atlet badminton profesional dan bukan di bawah seliaan BAM.
Terbaru pada semalam, MOM menjelaskan bahawa semua perbelanjaan untuk keluarga Norza dibiayai secara peribadi oleh beliau sendiri, tanpa melibatkan dana kerajaan.
BACA JUGA ‘Kalau beliau terus duduk selama 2 penggal, saya yakin Malaysia jadi kuat semula’