Ganasnya rusuhan anti Islam di UK, inilah akibat pempengaruh sebar maklumat palsu
Oleh IRFAN
Semuanya bermula dengan kejadian tikaman di Southport, UK iaitu 32 km utara Liverpool pada 29 Julai lalu.
Tiga kanak-kanak perempuan disahkan terbunuh iaitu Bebe King yang berusia enam tahun serta dua lagi kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun, Elsie Dot Stancombe dan Alice Dasilva Aguiar.
10 lagi cedera terdiri daripada dua orang dewasa dan lapan kanak-kanak lagi cedera dengan lima kritikal.
Masalah yang berlaku sekarang ini ialah selepas kejadian itu. Tersebar maklumat palsu di media sosial menyatakan suspek yang tikam kanak-kanak itu ialah orang Islam.
Jadi, rakyat UK marahlah dan buat protes dan mula serang para pelarian dan mereka yang beragama Islam.
Padahal, suspek itu bukan orang Islam. Dia beragama Kristian berusia 17 tahun bernama Axel Rudakubana.
Dia berasal dari Banks, Lancashire dan dilahirkan di Cardiff. Suspek dikatakan ada rekod jenayah cuba membunuh. Suspek itu telah ditangkap Polis Merseyside.
Penyebaran maklumat palsu ini jadi lagi teruk sebab ada beberapa pempengaruh UK yang menyebarkan lagi kebencian terhadap golongan pelarian, minoriti dan orang Islam di UK susulan kejadian ini. Ada yang dipelopori politik berhaluan kanan.
Susulan arahan PM UK, Keir Starmer meminta Pasukan Keselamatan UK mengawal keadaan.
Kawalan keselamatan ditingkatkan di semua masjid-masjid di UK terutama England.
Seramai 400 orang ditahan dalam protes ini setakat ini dengan rusuhan berlangsung menentang polis di Manchester, Liverpool, Tamworth, Rotterdam dan Belfast di Northern Ireland.
Setakat ini pasukan Keselamatan UK menyiasat kes tikaman di Southport sebagai kes berkaitan keganasan.
Sekarang sudah lapan hari rusuhan di UK. PM Keir Starmer mengadakan mesyuarat di Bilik Taklimat Pejabat Kabinet(Cobra) di Pejabat PM atau lebih dikenali sebagai Downing Street setiap hari.
BACA JUGA Teruja mahu tonton semua aksi, atlet negara serentak pula bersaing