Tercorot dan tertinggi di Terengganu, Mahfuz letak emoji bagus dan ketawa
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini ‘disindir’ berikutan satu poster memaparkan beberapa maklumat berkaitan pentadbiran dan juga dirinya.
Poster berkenaan dimuat naik oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar hari ini di Facebooknya diikuti emoji bagus dan ketawa.
Dalam kapsyennya, Mahfuz menulis tentang tiga perkara berkaitan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu yang diterajui Samsuri.
Hal tersebut mengenai rekod Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri tercorot, kebergantungan kepada wang ehsan tertinggi dan gaji Menteri Besar ketiga tertinggi.
Berdasarkan poster disediakan pengguna X, Mr. Nazril itu, prestasi KDNK Terengganu yang ditadbir Ahmad Samsuri pada 2023 adalah RM37.6 bilion iaitu tercorot antara negeri-negeri.
Sementara itu, peratusan bagi penerimaan wang ehsan pula adalah 86 peratus yang merupakan rekod tertinggi antara negeri-negeri.
Bagi gaji Menteri Besar pula, poster itu menyatakan bahawa Ahmad Samsuri menerima RM30,000 iaitu ketiga tertinggi.
Bagaimanapun, gaji itu tidak termasuk elaun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), perjalanan, keraian dan lain-lain.
BACA JUGA Terkejut tengok ustaz yang pernah doakan PN menang keluar TV