Dakwaan kafir harbi boleh timbul ketegangan, perpecahan
Pimpinan Pemuda PH Kelantan ini membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli Pas dipercayai anggota Pas Bachok yang didakwa mengeluarkan perkataan kafir harbi terhadap DAP, selain merancang menguasai Malaysia dengan bantuan sebahagian pemimpin UMNO.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda DAP Gua Musang, Nor Amin Shafiq Ismail berkata, politik kafir mengkafir boleh merosakkan perpaduan dan mengancam keharmonian negara yang dibina atas dasar toleransi dan hormat-menghormati.
Tegas beliau, kenyataan seperti itu berpotensi menimbulkan ketegangan dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan bangsa.
“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan berbahaya.
“la menggunakan agama sebagai alat politik, sesuatu yang dilarang dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita yang majmuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru katanya, Pemuda Harapan meminta agar pihak polis menyiasat kenyataan tersebut di bawah Seksyen 298A
Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan kesalahan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau permusuhan atas alasan agama.
Beliau juga menyeru pihak polis untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan bahawa politik kebencian seperti itu tidak berleluasa.
“Saya menyeru semua pimpinan anak muda pelbagai parti untuk turut sama mengecam kenyataan ini dan membuat laporan polis agar tindakan undang-undang yang sewajarnya dapat diambil.
“Ini penting bagi memastikan prinsip perpaduan dan keharmonian dalam berpolitik dapat dipertahankan,” katanya.
Esok, satu laporan polis akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP terhadap individu-individu yang menuduh DAP sebagai kafir harbi.
BACA JUGA Baru perasan ada Michelle Yeoh di Olimpik Paris, rupanya diberi penghormatan kalungkan pingat
Â