Kecundang di Olimpik Paris, ini sebenarnya terjadi kepada Dhabitah yang ramai tak tahu
Rakyat Malaysia agak terkejut dan sedih apabila penerjun berpengalaman wanita negara, Nur Dhabitah Sabri terpaksa pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik Paris 2024.
Biarpun begitu, Nur Dhabitah mengaku bahawa dia sebenarnya belum bersedia menggalas cabaran negara pada penampilan ketiga di temasya berkenaan.
Lapor Bernama, penerjun berusia 25 tahun itu membuat pendedahan mengenai liku-liku yang terpaksa dihadapinya sepanjang perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau merasakan ianya jauh daripada lancar kerana terpaksa mengejar masa untuk memperbaiki kemahiran dan teknik dalam tempoh sebulan.
Dhabitah sebenarnya hampir mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik semasa acara kelayakan terakhir – Kejohanan Dunia 2024 di Doha, Qatar, Februari lalu.
Dhabitah mengakui bahawa ia adalah fasa yang mencabar untuk dirinya susulan tidak mempunyai latihan pertandingan yang betul sehingga dipilih mengisi kuota acara 3m papan anjal oleh MAS.
“Pada masa itu, saya rasa seperti tidak mahu meneruskan lagi (terjun), secaras ikhlas, saya penat, saya perlu menghadapi segalanya.
“Kemudian selepas itu semasa kem latihan selama dua minggu, saya cuba untuk memberikan yang terbaik…banyak masalah teknikal yang saya kena betulkan sebab teknik saya sudah hilang. Bagi mengembalikan perasaan dan gaya rentak, ia cukup sukar.
“Dengan masa yang singkat, apa yang anda jangkakan (dalam acara hari ini) tetqpi amat berpuas hati dengan keputusan ini kerana tahu tidak banyak melakukan persediaan. Saya tidak menjangka untuk berada di peringkat akhir ,” katanya memetik laporan Bernama.
Dhabitah berkata walaupun beliau seorang penerjun berpengalaman tetapi perubahan pada tubuh, pengalaman dan teknik membuatkan sukar untuk beliau kembali semula ke peringkat teratas.
Dalam pada itu, beliau berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan jurulatih sehingga dapat mara ke peringkat awal dan separuh akhir.
“Selepas pulang, saya mahu berehat dahulu, saya perlukan masa untuk diri sendiri…Saya rasa saya terlalu menekankan diri…tidak cukup menghargai diri sendiri…saya rasa badan dan minda saya perlukan rehat,” katanya.
BACA JUGA Kualiti ‘level’ pasar malam, terkejut pingat Olimpik mula melebam lepas seminggu
Â