Kualiti ‘level’ pasar malam, terkejut pingat Olimpik mula melebam lepas seminggu

Seorang pemenang pingat Olimpik terkejut dan kecewa apabila pingat gangsa yang diperolehnya mula melebam seolah-olah diperbuat daripada campuran logam murahan.

Ia juga sepertinya tidak boleh terkena peluh apatah lagi sinar matahari, kerana ia dengan mudah melunturkan warna sebenar pingat.

Nyjah Huston memenangi gangsa untuk Amerika Syarikat (AS) dalam acara Street lelaki papan selaju di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut laporan dari TMZ, Huston berkongsi di Instagram bagaimana pingat tersebut mula menunjukkan tanda-tanda lusuh.

Atlet papan selaju itu dikatakan sedang bercuti bersama rakan-rakan dan berjemur di bawah sinar matahari serta mempamerkan pingat baharunya.

Namun, pingat itu kini tidak kelihatan seperti ketika ia dianugerahkan kepadanya.

Menerusi rakaman video yang disiarkan dalam laman Instagramnya, pingat itu kelihatan luntur dan menggelupas.

Hutson menegaskan bahawa kualiti logam itu mungkin tidak “setinggi” seperti yang dia fikirkan pada mulanya dan meminta agar ia diperbaiki.

Dia berkata, “Pingat itu kelihatan hebat apabila ia masih baru.

“Tetapi ia kelihatan lebih teruk selepas saya membiarkan ia berada di kulit saya dengan sedikit peluh untuk seketika dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu.

“Pingat itu nampaknya tidak berkualiti tinggi seperti yang anda sangkakan. Maksud saya lihat lah apa yang sudah berlaku.

“Malah bahagian depan mula menggelupas sedikit jadi saya rasa pingat Olimpik perlu meningkatkan kualiti sedikit.”

Ketika bahagian belakang pingat itu rosak dengan agak ketara, tulisan yang tertera di atasnya juga kelihatan terjejas.

“Saya tidak tahu, pingat Olimpik, anda harus meningkatkan kualitinya,” katanya dalam hantaran video itu.

Untuk rekod, Forbes Australia mendedahkan bahawa pingat gangsa adalah yang paling murah dengan nilai anggaran sekitar AS$13 atau hanta RM58.

Pingat seberat 455 gram itu terdiri daripada 415.15 gram tembaga, 21.85 gram zink, serta 18 gram besi.

BACA JUGA Syed Saddiq sekali lagi disekolahkan netizen

BACA JUGA Pingat emas Olimpik tahun ini paling mahal, ini nilai sebenar jika ditukar kepada RM

Â