Memburu pingat emas Olimpik, harapan terakhir negara petang ini
Jam 5.30 petang ini bakal menyaksikan penampilan pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Sukan Olimpik Paris.
Shah Firdaus, 28, menjadi harapan terakhir negara untuk membawa pulang pingat emas pertama Malaysia dalam aksi di suku akhir keirin di Velodrom Saint Quentin en Yvelines.
Anak jati Muar, Johor itu akan bersaing dalam saringan pertama bersama pelumba Australia, Matthew Glaetzer, James Hedgcock (Kanada), Jack Carlin (Great Britain), Mikhail Yakovlev (Israel) dan Ota Kaiya (Jepun).
Beliau turut perlu berhati-hati selepas menerima satu amaran ketika pusingan pertama dan boleh disingkirkan jika menerima amaran kedua.
Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu menjadi wakil terakhir negara dalam acara keirin selepas penyertaan Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan ketika pusingan pertama kerana mendahului derny (pacer).
BACA JUGA Rupanya ada himpitan terlalu agresif, pacer pula lembab, ini penjelasan penuh Azizulhasni