Penyudah yang cukup baik, Shah Firdaus mara ke separuh akhir!
Peluang Muhammad Shah Firdaus Sahrom memburu pingat emas Sukan Olimpik Paris pertama buat negara terbuka selepas mara ke separuh akhir keirin lelaki.
“Penyudah yang cukup baik di tangga ketiga dalam pusingan suku akhir acara keirin sebentar tadi.
“Saingan seterusnya pada 6.29 petang!” lapor Astro Arena.
Kedudukan Shah Firdaus pada saringan pertama itu menyaksikan beliau berada di belakang pelumba Great Britain, Jack Carlin yang mengungguli peringkat saringan tersebut.
Sementara itu, pelumba Australia, Matthew Glaetzer menamatkan saingan ditempat kedua manakala Ota Kaiya dari Jepun keempat.
Shah Firdaus, 28, menjadi harapan terakhir Malaysia untuk memenangi emas sulung Olimpik Paris kali ini.
Awal pagi tadi, jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang disingkirkan di pusingan pertama selepas didapati mendahului derny (pacer).
Perlumbaan separuh akhir dijadual berlangsung pada jam 6.30 petang ini sekaligus menyaksikan tumpuan rakyat Malaysia kepada aksi Shah Firdaus.
BACA JUGA Annuar Musa ‘ikut aku la pitih aku’ kini tular