Wan Fayhsal ‘kantoi’ tidur semasa khutbah selepas kecoh isu ISTAC
Ada saja kenyataan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang kemudiannya hanya mengundang ‘peluru’ orang ramai.
Kali ini, ada yang mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Machang berkenaan rupanya tidur sepanjang berlangsungnya khutbah Jumaat di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pengguna X, @baim1866 tampil memberitahu hal itu berserta gambar sebagai reaksinya terhadap kenyataan Wan Fayhsal yang tidak bersetuju ISTAC dijadikan lokasi untuk dewan perkahwinan.
“How low ISTAC has become” hahaha. Bro, hari tu kau solat Jumaat dekat situ, kau tidur sepanjang khutbah. Aku perhati je.
“Kau sampai-sampai kau menyelit-nyelit, duduk je kau bantai tidur. Dekat Twitter (kini X) kau tunggang semua isu,” selar Ibrahim Johari lagi.
Terdahulu, Wan Fayhsal dalam kenyataan di X yang sepenuhnya berbahasa Inggeris membantah tindakan pihak ISTAC menyewakan dewan untuk majlis perkahwinan.
Punyalah dilihat menunggang isu, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu turut memetik nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
“Betapa rendahnya ISTAC. Ia adalah dewan kuliah universiti tempat ilmu suci disampaikan – bukan dewan perkahwinan!
“Ini adalah kehilangan Adab! Kedua-dua Anwar dan Zambery sepatutnya lebih tahu untuk menghentikan kebusukan ini!” jerkah Wan Fayhsal dalam kenyataan berserta tiga tanda seru itu.
Namun, rata-rata mengingatkan bahawa sebelum Anwar menjadi PMX lagi, ISTAC sudah menganjurkan majlis perkahwinan di kompleks yang mempunyai Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas dengan sejumlah 150,000 bahan ilmiah itu.
“ISTAC telah menganjurkan perkahwinan lama sebelum Anwar menjadi PM. Semasa zaman Muhyiddin pun ada. Saya tahu sebab saya pergi ke situ,” kata @MuazMohd94.
Untuk rekod, ISTAC yang berpusat di UIAM Kampus Kuala Lumpur di Taman Duta, ISTAC menumpukan pengajian Ketamadunan Islam dan Dunia Melayu.
Kompleks itu menyimpan beberapa artifak berupa kelengkapan perang termasu baju perisai, pedang dan senapang dari dunia Islam sekitar kurun ke-18.
Dalam masa sama, ada yang berkongsikan kembali gambar Wan Fayhsal lena di Parlimen ketika wakil rakyat sekelilingnya yang lebih berusia daripadanya masih segar dan tekun mengikuti persidangan.
“Betapa rendahnya Parlimen. Ia adalah platform penghormatan di mana perdebatan suci disampaikan – bukan bilik tidur utama! Ini adalah kehilangan Adab! Kedua-dua Hadi dan Yidin sepatutnya lebih tahu untuk menghentikan kebusukan ini!” perli pengguna X,
Latiff Muhamad pula.
BACA JUGA Heboh nampak kelibat penanggal ketika Maghrib, ramai orang sebut benda ini yang terbang