‘Ambo sohor di Malaya’, Annuar Musa bangga pakaian sepanjang kempen jadi bualan
Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau sekarang terkenal di Malaysia dan sering menjadi bualan gara-gara pakaian berjenama yang digayakannya sepanjang tempoh berkempen.
Kata Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri itu, beliau ‘sohor dalam Malaysia’ sehinggakan selipar, kasut, dan stoking miliknya pun menjadi perhatian.
“Ambo (saya) ini ceramah setiap malam. Akhir-akhir ini sohor (terkenal) sangat.
“Orang paling sohor dalam Malaya, sehari dua ini ambo (saya) lah. Sebab semua orang cakap pasal hal selipar, kasut, stoking.
“Sampai hal seluar dalam. Ambo (saya) ini ibarat kemuncup lekat di seluar dalam,” katanya dalam ceramah di Sungai Asap malam tadi.
Annuar Musa dikritik ramai selepas mengenakan pakaian berjenama mewah ketika menghadiri majlis dengan penduduk Orang Asli.
Tetapi beas Ahli Parlimen Ketereh itu dalam satu ceramah baru-baru ini membalas balik semua kritikan itu dengan mengatakan “ikut aku lah, pitih aku..,”
BACA JUGA Annuar Musa ‘ikut aku la pitih aku’ kini tular