Bukan M.Nasir sahaja, rupa-rupanya Anwar pun pernah selamatkan karier KRU?

OLEH NORMAN RADZUAN

Apa yang orang Melayu kena tahu tentang jiwa Anwar. Anwar bukan hanya selamatkan karier M.Nasir.

Banyak cerita sebenarnya (untold story) bagaimana Anwar telah menyelamatkan atau membantu ramai pihak. Tapi Anwar jenis orang yang tidak mahu menghebahkan bentuk bantuan yang dihulurkan.

Sebab itu ada yang bertanya kenapa Najib dalam penjara sanggup ucapkan Selamat Ulang Tahun kepadanya.

Hanya yang tahu sahaja budi pekerti Anwar memahami kenapa kawan dan lawan menghormati beliau.

Dalam parti ahlinya menggelar Presiden mereka ‘pemaaf tahap dewa’. Ada yang suka pendirian itu ada yang kurang senang.

Sebab itu dicaci hina bagaimana sekalipun oleh Sanusi, Anwar tetap turun ke Kedah memberi bantuan dan membawa pelaburan untuk negeri tersebut. Begitulah juga di Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Perjuangan beliau bukan untuk peribadi. Baginya biarlah Sanusi hinanya tetapi orang Melayu yang miskin di Kedah itu mesti dibela. Ia bukan soal Anwar vs Sanusi tetapi baginya rakyat marhaen mesti dibela.

Bila M. Nasir sambut hari kelahiran Anwar baru-baru ini ramai yang terkejut. Akhirnya dibuka kisah lama apabila M. Nasir pada tahun 1996 pernah digam kerana mengatakan ‘Siapa Mahathir’.

Teruk M. Nasir dikritik kerana dianggap penghinaan. Cerita sebaliknya disalah erti oleh wartawan kerana tidak menghormati keadaan keluarga M. Nasir ketika itu.

Megat Junid mahu menghalang karya M. Nasir tetapi dihalang oleh Anwar yang ketika itu memangku tugas PM yang keluar negara. Alhamdulillah M. Nasir insan yang tidak pernah lupa dan menghargai jasa beliau.

Tapi ramai tak tahu cerita yang hampir serupa apabila kumpulan KRU sembilan daripada 10 lagu dari album debut mereka album ‘Canggih’ diharamkan dari radio pada 1992.

Malah konsert KRU turut diharamkan selepas mendapat bantahan dari beberapa ahli politik. Isu KRU diperkatakan begitu meluas sehingga ianya turut dibahaskan pada mesyuarat Jemaah Menteri.

Pada tahun 1997 isu KRU sekali lagi menjadi isu panas apabila membuat lagu duet bersama Allahyarham P. Ramlee. Pada masa Anwar menjadi pemangku Perdana Menteri mengumumkan KRU seharusnya dibenar meneruskan kerjaya muzik mereka.

Peristiwa terbesar dalam sejarah yang tidak boleh dipadamkan apabila Mahathir ingin mengharamkan UMNO, iaitu parti yg mencampakkan Anwar dari jawatan TPM. Kalau setengah pemimpin politik,biar mati sahaja parti UMNO.

Tapi Anwar berbeza bila mengetahuinya beliau terus pergi ke pejabat Muhyiddin. Fail sudah ada di atas meja Muhyiddin.

Anwar beritahu jika kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkam UMNO, beliau dan parti komponen PH akan menarik diri. Sebab itu memang sewajarnya UMNO membawa Anwar duduk di atas pentas UMNO di PWTC.

Itu belum cerita beliau memaafkan Mahathir di mahkamah, memaafkan musuh-musuh politiknya yang lain.

Cuba amati kenapa Najib ucapkan ulang tahun kepada Anwar. Masih anda ingat cara Mahathir dan Anwar melayani Najib.

Mahathir memang dikenali oleh mereka yang rapat dengan beliau seorang yang pendendam. Jika dia marah dia akan buat apa sahaja untuk menghukum musuh politiknya. Sebab itu kata Tun Musa dia tak berani lawan Mahathir.

Mahathir sebaik sahaja menjadi PM habis rumah Najib diselongkar. Anwar walaupun Najib mencampaknya di penjara tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menekan Najib dan keluarganya. Dia dendam insan yang bernama Anwar.

Lagi peristiwa yang menjadi pengajaran yang baik dan betapa tinggi nilai hati budi Anwar kisah yang dipanggil Nadir sebagai ‘Misi Gila’ membawa balik keluarganya dari Gaza.

Anwar tidak pernah menghebahkan cerita tersebut hingga Nadir sendiri maklumkan. Nadir yang terkejut dan tersangat terhutang budi dengan Anwar yang menggunakan hubungan baiknya dengan negara Arab untuk membawa balik keluarganya telah mengucapkan ribuan terima kasih secara terbuka.

Sedangkan umum tahu Nadir antara pembangkang yang kuat mengkritik Anwar. Jika mahu diceritakan satu persatu kisah Anwar memaafkan musuh-musuh politiknya boleh dibukukan.

Walaupun rakan-rakan sering mengkhianatinya tetapi Anwar tetap Anwar. Dimaki, dicaci dia tetap bekerja bersungguh sungguh untuk membantu para petani, nelayan dan orang miskin.

Satu hari generasi cucu kita akan membaca sebuah buku yang akan dibukukan ramai penulis bagaimana Malaysia boleh cemerlang, bagaimana orang miskin Melayu mendapat pembelaan, bagaimana kapitalis ketakutan dan pelbagai kejayaan lagi.

Ketika itu cucu-cucu kita hanya dapat mengenali Anwar dalam buku dan di media sosial sahaja. Insan hebat itu sudah tiada dan hanya quotes hebatnya yang menjadi peneman dan ingatan erti sebuah perjuangan buat bangsa Melayu agar minda tidak dijajah.

Percayalah nama Anwar akan menjadi sebahagian lagenda dalam kalangan orang Melayu sebaris P. Ramle, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Za’ba dan lain-lain. Untuk menjadi manusia hebat dia tidak perlu mengatakan dirinya hebat… tetapi jalan ceritanya membuat manusia akan berkata dia hebat.

Bagi Anwar perjuangannya bukan kerana Anwar. Anwar tetap akan pergi meninggalkan kita tetapi pengorbanan dan perjuangannya untuk mengangkat darjat bangsa Melayu dan bangsa Malaysia itu sendiri.

BACA JUGA Ramai tak percaya boleh raih RM5,000 sebulan, ini dia cerita peserta IPR