Selalu tengok pemenang pingat gangsa lebih gembira dari perak, ini puncanya
Pernah tertanya kenapa pemenang pingat gangsa selalunya lebih gembira di akhir pertandingan berbanding pemenang pingat perak yang meraih tempat kedua?
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), secara idealnya, pemenang pingat perak sepatutnya lebih gembira daripada atlet yang berjaya menduduki tempat ketiga.
Namun lain pula jadinya apabila pemenang gangsa pula dilihat lebih seronok dan meraikan kejayaan.
Kata PHM, secara realiti keadaan tersebut berbeza apabila terdapat pengaruh pemikiran sehingga memperlihatkan pemenang pingat gangsa lebih meraikan kemenangannya.
“Pernahkah anda perasan bahawa pemenang pingat gangsa biasanya lebih gembira daripada pemenang pingat perak di akhir pertandingan
“Pingat perak dimenangi selepas kekalahan, tetapi pingat gangsa dimenangi selepas kemenangan. Mungkin ini yang mempengaruhi pemikiran kita tanpa sedar.
“Pemenang pingat perak berfikir, “Adoi… sikit lagi saya hampir menang pingat emas”, namun, pemenang gangsa pula berfikir, “Fuhh lega, sekurang-kurangnya saya mendapat pingat”,” seloroh PHM dalam perkongsian di Facebook.
Tambah PHM, situasi tersebut juga berkait rapat dengan kehidupan manusia apabila ada bersifat tidak menghargai apa yang sudah dimiliki.
“Sebenarnya, perkara ini juga berlaku dalam kehidupan kita, kita tidak menghargai apa yang kita miliki tetapi berasa sedih dengan apa yang kita TIDAK MILIKI.
“Paling penting tidak perlu membanding bandingkan kejayaan dan pencapaian orang lain. Setiap hari anda maju ke hadapan adalah hari kemenangan yang perlu dihargai.
BACA JUGA Bukan M.Nasir sahaja, rupa-rupanya Anwar pun pernah selamatkan karier KRU?