Terkejut tahu seludup dadah guna dron sudah banyak kali berlaku, ini pendedahan polis
Pihak polis percaya kes menyeludup dadah ke penjara Tapah menggunan dron bukan kes pertama yang berlaku.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Isa mengesahkan lebih ramai pegawai dan banduan penjara berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan berikutan siasatan masih berlangsung.
Buat masa ini katanya, lima pegawai Penjara Tapah sedang disiasat polis.
“Setakat ini, kita sudah mengambil keterangan daripada lima pegawai. Mereka membabitkan pegawai di pos pengawal, pengawal yang memantau CCTV (kamera litar tertutup) dan mereka yang menemui dron dan dadah berkenaan.
“Kami percaya ini bukan kes pertama yang menggunakan dron untuk menyeludup dadah, tetapi ia adalah kali pertama dron berkenaan gagal dan terhempas di kawasan penjara,” katanya pada sidang media di IPK Perak hari ini, menurut Harian Metro.
Tambah beliau, kes berkenaan sekarang sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.
Bagaimanapun beliau berkata ia bukan kali pertama barang terlarang seperti dadah diseludup ke dalam penjara selepas pelbagai rampasan membabitkan dadah dari penjara dilakukan sejak 2022 lagi.
Pada 9 Ogos lalu, pihak berkuasa mengesan cubaan menyeludup barangan dipercayai dadah menggunakan dron ke Penjara Tapah di Perak.
Ia selepas IPD Tapah menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang kakitangan penjara yang menemukan dron berwarna putih di bumbung salah sebuah blok penjara.
BACA JUGA Selalu tengok pemenang pingat gangsa lebih gembira dari perak, ini puncanya