Harga diesel turun 5 sen seliter dua minggu berturut, ini puncanya
Selama dua minggu berturut-turut harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia merekodkan penurunan sebanyak 5 sen seliter.
Ia menjadikan harga baharu bahan bakar itu bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos adalah RM3.25.
Tetapi kata Kementerian Kewangan, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Menurut MOF, penurunan harga diesel adalah disebabkan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Sementara itu pejabat itu berkata, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing- masing kekal pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter pada tempoh sama.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” ujarnya.
Tambah kementerian itu, kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga
Harga minyak memulakan dagangan pada minggu lalu dengan jatuh sehingga serendah AS$75 pada Isnin, harga terendah sejak Disember 2023.
BACA JUGA Didakwa bakal dilantik Menteri Ekonomi gantikan Rafizi, apa kata Aminuddin?