Kronologi pengharaman komik Superman Hew

Oleh AHMAD MURSI

Kerajaan batalkan larangan dan akur keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ini kronologinya:

23 Oktober 2019: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” kerana kandungannya yang dikhuatiri memudaratkan ketenteraman awam.

6 Julai 2022: Hew Kuan Yau berjaya merayu membatalkan larangan tersebut di Mahkamah Rayuan.

3 Disember 2022: Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan angkat sumpah.

8 Disember 2022: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan KDN untuk mengembalikan larangan ke atas komik ini.

26 Julai 2024: Mahkamah Rayuan dengan 3 panel hakim memutuskan bahawa komik tersebut tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam walaupun dulu setelah 6 bulan di pasaran.

6 Ogos 2024: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menandatangani pembatalan perintah larangan.

12 Ogos 2024: Pembatalan larangan komik diwartakan.

BACA JUGA Pelik tiba Maghrib batuk teruk, kuku Wak Doyok pula dah kebiruan