Nak isteri cantik dan ramai anak, pempengaruh tak habis pengajian universiti beritahu cara ‘plan’ hidup

Seorang pempengaruh kontroversi tampil memberitahu cara ‘plan’ hidup dengan menekankan pentingnya dirancang secara spesifik.

Danial Mirza atau dikenali sebagai dma islam yang terkeluar daripada pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, dia ingin menjadi kaya serta mempunyai isteri yang cantik dan rumah besar.

“Aku nak jadi lelaki yang powerful, ada banyak anak. Nak kereta Bugatti. Dalam rumah aku tu ada kolam. Air tu warna biru.

“Kereta nak warna macam kokok, klasik macam tu. Rumah dua tingkat. Tingkat bawah tu mungkin ada satu bilik. Tingkat atas tu ada tiga bilik.

“Dalam tumah tu ada personal gym dan bilik solat. Bila anak aku lahir nanti, aku akan ajar anak boxing,” katanya yang sebelum ini mendakwa dia hanya membeli ijazah sarjana muda di UniSZA.

Dia yang kerap menyebut perkataan ‘bocah’ (keanak-anakan) menasihatkan jika mahu merancang untuk hidup mesti secara spesifik.

Penyokong Perikatan Nasional (PN) itu turut memberi contoh ahli bina badan yang spesifik dalam mendapatkan tubuh kekar dengan mempunyai latihan yang spesifik.

“Sama macam impian kita, kena spesifik.

“Kena ada plan yang spesifik untuk capai impian yang spesifik,” katan mengulang-ulang perkataan spesifik.

BACA JUGA Ketagih perhatian, nampak tersakiti – Siapa MP yang dimaksudkan?