Penoreh getah dapat RM10,000 sebulan bila getah naik harga

Pekebun kecil dan penoreh getah nampaknya sedang mengukir senyuman kesyukuran lantaran menikmati pendapatan yang meningkat.

Seorang pengguna Facebook, Desa HM menerusi hantarannya berkata, harga getah pada zaman kerajaan Madani ini jauh lebih baik.

“Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan Madani. Zaman ini dapat harga yang jauh lebih baik.

“Bayangkan, tiga hari motong (getah) dapat lebih 300 kg. Kalau tidak, dengan RM4.00 dah ada RM 1,200.

“Itu baru tiga hari. Kalau dapat penuh, tak ada cuti… fuhhh… sama macam gaji gred 56,” tulisnya.

Beliau berpendapat kesan daripada kestabilan politik serta kompetensi kerajaan, akhirnya, semua lapisan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Yang dok meroyan kata ekonomi teruk ni, puak walaun pemalas je.

“Pagi-pagi sembang kedai kopi, balik rumah tonggak ayaq ketum.

“Lepas tu maki PMX, tak reti urus ekonomi…,” tempelaknya lagi kepada penyokong Perikatan Nasional (PN).

BACA JUGA Pulak dah, Azizulhasni dedah langgar permintaan ibu, isteri dan anak-anak