Tempias Jana Wibawa, Bersatu bakal terkubur?
Bersatu bakal terkubur sekiranya presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin didapati bersalah dalam kes salah guna kuasa yang membabitkan kes Jana Wibawa.
“Dalam kes Muhyiddin, wang dimasukkan ke dalam akaun bank parti Bersatu.
“Ia berlainan daripada kes Najib di mana wang masuk ke dalam akaun peribadinya,” kata sumber yang dipercayai.
Pada 15 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.
Terdapat tiga pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Pihak pendakwa raya telahpun membuat rayuan ke atas keputusan tersebut.
Pada Februari lalu, Mahkamah Sesyen menangguhkan semua keputusan dakwaan di bawah AMLATFPUAA.
Sumber memberitahu, Bersatu akan terkubur menerusi langkah yang akan diambil oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)
“Sekiranya dakwaan di bawah AMLATFPUAA berjaya, RoS akan membatalkan pendaftaran Bersatu.
“Kita akan lihat 25 Ahli Parlimen tanpa parti.
“Mereka takkan masuk Umno selagi Datuk Seri Ahmad Zahid masih presiden dan mereka takkan sertai PKR,” kata sumber itu lagi.
BACA JUGA Tiada kecederaan fizikal, ini rupanya klasifikasi kes Nidza Afham