Original ‘footage’ lelaki OKU ditumbuk polis pengiring jadi perhatian

Sejak malam tadi, rakaman original dipercayai kejadian seorang polis pengiring yang menumbuk seorang pemandu e-hailing kurang upaya (OKU) mula tular di media sosial Facebook dan X.

Rakaman itu dengan jelas memperlihat pemandu itu ditumbuk di bahagian sebelah kanan mukanya oleh seorang polis pengiring yang tidak kelihatan wajahnya.

Rakaman kamera itu didedahkan oleh pemandu tersebut, Ong Ing Kiong dalam sidang media semalam sehingga tersebar di media sosial saat ini.

Klip berdurasi satu minit 45 saat itu menunjukkan saat pemandu tersebut diarah untuk mengalihkan kenderaannya yang ketika itu beberapa penumpang sedang menaiki keretanya.

Selepas beberapa kali diminta untuk dialihkan, salah seorang polis pengiring yang didakwa anggota rombongan Pemangku Sultan Johor tiba-tiba muncul betul-betul di sebelah tingkap tempat duduk pemandu dan melemparkan satu tumbukan kepada Ong.

Ong Ing Keong, 48, dalam sidang media semalam, menangis sambil memainkan video ketika dirinya ditumbuk

Sambil mengesat air matanya, Ong, melalui jurubahasa bahasa isyaratnya, Lucy Lim, berkata dia masih tertekan walaupun kejadian di sebuah hotel di Kuala Lumpuritu berlaku lebih dua bulan lalu.

Sementara itu pada semalam juga, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, anggota polis pengiring berkenaan sudah dikenakan tindakan tatatertib.

Katanya, tindakan sudah diambil ke atas anggota terbabit oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas siasatan dijalankan.

BACA JUGA Selepas JP Morgan, Goldman Sachs pula naik taraf pasaran saham Malaysia

Â