RM2,400 setahun untuk pekebun yang daftar Budi Agri Komoditi
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani melancarkan Budi Agri Komoditi di Taman Agropolitan, Rantau Manis, Gua Musang hari ini.
Ia merupakan platform penyasaran khas ekoran daripada rasionalisasi diesel.
Menerusi Budi Agri Komoditi, pekebun kecil kelapa sawit, koko, getah, kenaf dan tembakau akan memperoleh bantuan kewangan sebanyak RM2,400 setahun.
“Kita ada 300,000 pekebun tetapi setakat 13 Ogos, hanya 16,000 yang mendaftar.
“Sebab itu kita adakan program Budi Agri Turun ke Padang,” kata beliau dalam ucapannya.
BACA JUGA Azmawi masih ‘underdog’ dua hari sebelum PRK Nenggiri