Cikgu boleh dah buat laporan polis saman ‘Pemfitnah Nasional’

Tergamak penyokong tegar pembangkang yang juga digelar walaun memfitnah dengan melakukan suntingan jahat terhadap satu poster sempena Hari Kebangsaan.

Seorang pengguna Facebook yang digelar netizen sebagai ‘PN’ iaitu ‘Pemfitnah Nasional’ berkongsikan poster yang diedit dengan imej tiga tentera China.

“Cari gambar tersembunyi,” kata Azli Abd Aziz menerusi hantaran di Facebook.

Poster Pertandingan Buku Skrap dengan tema Tokoh Kemerdekaan di Malaysia itu terbuka kepada pelajar sekolah menengah.

Kebiadapan walaun itu memfitnah turut mendapat perhatian pemerhati politik, Najib Bakar.

“Poster fitnah jahat dari seorang walaun,” tulisnya di media sosial.

Rata-rata menggesa pihak guru atau sekolah terbabit membuat laporan polis.

“Mohon cikgu-cikgu yang difitnah ni report saman Azli Pemfitnah Nasional ni…,” kata Rubiah Basri.

Semakan Harapandaily bagaimanapun mendapati hantaran itu sudah tidak boleh diakses.

Tular sama dakwaan yang menyatakan individu berkenaan merupakan ahli Pas Duyong Melaka.

Dia juga pernah dikatakan menghina insan OKU bermasalah pendengaran.

BACA JUGA PRK Nenggiri: ‘Keluar mengundi, jangan terpengaruh hasutan’ – Tok Mat