Pelari ini benci yang soal kenapa joging waktu malam, ada hujahnya
Seorang pelari jarak jauh, Muhammad Khalish mengakui benci dengan pihak yang mempersoal kenapa Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar keluar joging pada Waktu malam.
Khalish yang juga pempengaruh sukan berkata, soalan itu tidak sepatutnya timbul memandangkan kita hidup di negara sendiri.
“Aku benci yang soal kenapa Afham pergi lari waktu malam!
“Weh gila, kita hidup di negara sendiri, sepatutnya 24 jam selamat. Kenapa pilih waktu?
“Apa dah jadi dengan (status) negara selamat? Ya, boleh elak (jadi mangsa jenayah), tapi sampai bila?” katanya di platform X.
Khalish menambah apa yang penting banyakkan berdoa agar dijauhi daripada malapetaka.
“Berapa banyak pun kita berjaga-jaga, penjenayah ada diluar sana. Take care dan doa banyak-banyak untuk dijauhi musibah,” nasihatnya lagi.
Terdahulu, Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar berjoging sebelum jasadnya ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah, 7 malam, 14 Ogos lalu.
Walau bagaimanapun, siasatan kes kematian Allahyarham tidak menemui sebarang unsur jenayah dan ia diklasifikasikan sebagai sebagai mati mengejut (SDR).
Sehingga semalam, bedah siasat terhadap mayat pemuda yang juga penyanyi berkenaan tidak menemui kecederaan fizikal.
BACA JUGA PRK Nenggiri: Di mana calon BN, PN mengundi esok?