Awie berbaju batik, sekitar hari pengundian PRK Nenggiri
Tampil berbaju batik, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani tiba di tempat mengundi di Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama, jam 8.20 pagi tadi.
Beliau yang mesra dipanggil Awie tiba bersama isteri, Nur Kamila Mat Zain, 38.
Awie menentang calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Selepas mengundi, beliau berbual-bual dengan Rizwadi di luar pusat mengundi Tabika Sri Bakawali.
Seramai 20,216 pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini, bagi memilih wakil rakyat baharu.
Sebanyak 20 pusat mengundi dengan 46 saluran dibuka untuk proses pengundian dan akan ditutup secara berperingkat antara jam 2 dan 6 petang.
BACA JUGA Pengundi DUN Nenggiri pilih wakil rakyat baharu hari ini