Mengata orang walaun yang lebih, selamba kerjasama dengan syarikat bunuh rakyat Palestin

Keputusan kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas bersetuju membentuk kerjasama strategik dengan Boeing SE Asia bukti perangai mengata orang walaun yang lebih memang benar wujud.

Hal ini memandangkan Boeing adalah pengeluar peluru berpandu dan peluru terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang paling banyak dihantar ke Israel berbanding mana-mana syarikat AS antara 2021 hingga 2023, menurut laman berita NPR Seattle, KUOW.

AS menghantar anggaran 5,214 peluru berpandu ke Israel dengan hampir 3,000 daripadanya ialah Bom Diameter Kecil GBU-39 Boeing.

Dianggarkan, 3,000 kit bom jitu yang dikenali sebagai Joint Direct Attack Munitions (JDAM) turut dihantar ke Israel.

JDAM bukan bom kendiri sebaliknya, ia adalah kit yang terdiri daripada ekor dan navigasi yang menukar bom jatuh bebas menjadi bom “pintar” yang boleh dipandu ke sasaran.

Lapor KUOW lagi, Boeing telah membina lebih daripada setengah juta JDAM sejak pengeluaran dimulakan pada 1998.

Ini bermakna segala jenis bom dan peluru buatan Boeing telah membunuh ribuan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita selain memusnahkan kediaman.

Malah, lapor Bloomberg pada 10 Oktober 2023, Boeing mempercepatkan penghantaran 1,000 peluru berpandu tepat ke Israel ketika negara haram itu meningkatkan julat serangan ke atas Gaza.

Ketika kumpulan aktivis di AS pada November tahun lalu menghalang setiap pintu masuk ke Bangunan 598 di kemudahan Boeing di Missouri yang menjadi kilang menghasilkan bom dan peluru untuk genosid di Gaza, lain pula halnya dengan kerajaan negeri Kedah.

Kedah menerima kunjungan delegasi Boeing SE Asia ke Wisma Darul Aman, pada 12 Ogos lalu.

Kerajaan negeri Kedah dilapor menawarkan Boeng SE Asia untuk menjadikan Kedah Science Technology Park (KSTP) di Bukit Kayu Hitam sebagai hab pembangunan strategik perniagaannya di rantau Asia Tenggara.

Hal itu disebut Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dr Haim Hilman Abdullah, menurut laporan Harakahdaily.

BACA JUGA Pengundi DUN Nenggiri pilih wakil rakyat baharu hari ini