PRK DUN Nenggiri: 63.58 peratus keluar undi setakat 2 petang

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mencatatkan 63.58 peratus setakat jam 2 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rekod itu sekali gus menyaksikan sasaran SPR yang menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini melebihi 60 peratus, tercapai.

Sebanyak 20 pusat pengundian bagi PRK Nenggiri dibuka serentak pada jam 8 pagi tadi.

Daripada jumlah pusat pengundian itu, 14 pusat pengundian dibuka sehingga jam 6 petang dan enam pusat pengundian ditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi ditutup jam 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.

BACA JUGA Ini sebabnya kenaikan gaji diumum PM Anwar bukan hanya penjawat awam dapat manfaat