Terkejut! Kenapa seluruh pengunjung Megamall berdiri tegak?
Baru-baru ini gempar di platform media sosial apabila terdapat satu video memaparkan pengunjung dan penjual di sebuah pusat beli-belah berdiri tegak.
Apa sudah jadi sebenarnya?
Berdasarkan pengamatan Harapan Daily pada video berdurasi 1 minit 57 saat di platform TikTok itu, suasana dalam gedung beli-belah itu tidak ubah ibarat Mannequin Challenge.
Mannequin Challenge adalah pertandingan atau aktiviti yang memerlukan peserta berhenti daripada melakukan sebarang pergerakan apabila rakaman sedang dilakukan untuk beberapa minit.
Rupa-rupanya, lagu Negaraku sedang dimainkan menerusi satu eksperimen sosial yang dijalankan di pusat beli-belah sempena bulan Kemerdekaan.
”Sebak bila lagu Negaraku dimainkan.. rasa satu kebanggaan untuk rakyat Malaysia..
”Video macam ini pun aku boleh nangis.
”This is Malaysian.. we live in peace and harmony.. together we stand!,” kata netizen di platform X.
Video tersebut mendapat 87,000 tanda suka, 1,881 komen dan 4,986 perkongsian.
BACA JUGA Asyraf dedah BN tak akan lakukan beberapa perkara ini pada PRK Mahkota