10 intipati kenyataan rasmi Istana Pahang, nombor empat paling penting
OLEH AHMAD MURSI
1 Tengku Mahkota Pahang menzahirkan rasa murka terhadap Tan Sri Mahiaddin Md Yasin kerana memperlekehkan tugas YDPA semasa baginda memilih PM ke-10.
2. Mahiaddin didakwa memutarbelitkan fakta dan menyebarkan naratif negatif terhadap YDPA, seolah-olah baginda tidak berlaku adil ketika melantik PM.
3. Tindakan Mahiaddin dianggap tidak matang dan menunjukkan beliau masih belum menerima hakikat bahawa beliau tidak dilantik sebagai PM.
4. Kenyataan Mahiaddin dianggap berbahaya kerana cuba menghasut rakyat supaya hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu dan memecahbelahkan rakyat.
5. Berdasarkan Perlembagaan, YDPA melantik Perdana Menteri berdasarkan budi bicara baginda, dengan syarat calon tersebut mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
6. YDPA mempunyai kuasa untuk melantik PM, tetapi baginda tidak membuat keputusan secara sendirian.
7. Baginda mendapatkan pandangan pakar perlembagaan dan Majlis Raja-Raja sebelum membuat keputusan.
8. Pada 19 Disember 2022, Parlimen telah meluluskan usul undi percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, yang selari dengan pertimbangan YDPA.
9. Tengku Mahkota menyeru PDRM agar mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Mahiaddin kerana menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan raja).
10. Ahli politik dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi Prinsip Rukun Negara dan berusaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
BACA JUGA Tengku Hassanal murka, mahu polis ambil tindakan tegas kepada Mahiaddin