Ini sebab mengapa pemuda ini kata Kerajaan Madani ‘superb!’
Usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam pada 16 Ogos lalu nampaknya menerima pujian daripada pelbagai pihak termasuk di platform alam maya TikTok.
Seorang pempengaruh di TikTok dikenali sebagai Abang Botak menyifatkan, Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin lama semakin ‘superb‘.
Katanya, perumpamaan ‘superb‘ itu sebagai merujuk kepada inisiatif terbaharu pihak kerajaan iaitu menaikan kadar gaji penjawat awam di negara ini.
”Makin lama makin ‘superb‘ lah.. penjawat awam dapat kenaikan gaji sehingga 42.7 peratus dan ini akan memberikan perkhidmatan yang baik dan berkualiti.
”Ini kerana siapa yang tak perform, tak akan dinaikkan gaji, maka rakyat akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan amanah,” katanya di TikTok.
Malahan menurut pemuda itu, duit negara juga dapat dijimatkan setiap bulan kerana semua pejabat kerajaan di luar, akan disatukan di bawah satu bumbung.
”Yang paling penting guys, pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan pada 1 Disember 2024 ini.
”Manakala fasa kedua pada 1 Januari 2026.. huii naik gaji jelah penjawat awam ni,” puji lelaki itu.
Semalam, portal ini melaporkan bahawa rata-rata penjawat awam dan warga maya menyifatkan pengumuman kenaikan gaji itu pastinya sedikit-sebanyak dapat membantu ekonomi kakitangan kerajaan yang berkhidmat di negara ini.
Salah satunya adalah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang menzahirkan isi hati mereka kepada Anwar.
”Alhamdulillah terima kasih kepada PMX di atas pengumuman yang baik ini… tahniah kepada seluruh penjawat awam di seluruh Malaysia.
”Terima kasih PMX di atas pemberian SSPA pada tahun ini. Terima kasih banyak-banyak kerana memahami denyut nadi penjawat awam,” demikian antara ucapan daripada kakitangan MADA di media sosial mereka.
BACA JUGA Tak pernah lantik NGO kutip dana bantu rakyat Palestin dirawat di Malaysia