Peniaga rayu mari membeli di Rantau Panjang, sekarang kosong je
Umum mengetahui Rantau Panjang di Kelantan merupakan kawasan sempadan Thailand yang terkenal sebagai syurga untuk membeli-belah dan menjadi antara lokasi tarikan pelancong.
Walaubagaimanapun, tempat yang dahulunya meriah dan dipenuhi pengunjung, dikatakan semakin sunyi dan tidak sibuk seperti sebelum ini.
Menerusi satu video yang berlegar-legar di TikTok, seorang perempuan dipercayai wanita tempatan telah merakam suasana ‘sepi’ kedai-kedai yang tiada pengunjung.
”Ya Allah Tuhan ku, kedai mainan pun tak ada orang datang beli dik… tengok sunyi sepi ni..
”Ya Allah ya Tuhan ku, permudahkanlah urusan pembeli-pembeli.. kosong kedai dia.. bukan kedai dia saja kosong, itu kosong, itu kosong,” katanya sambil menunjukkan beberapa lagi lot kedai yang tidak mendapat sambutan pembeli.
Bukan itu sahaja, malah perempuan tersebut turut merakamkan keadaan di lot kedai bahagian luar yang diibaratkannya sebagai ‘sangat-sangat tidur’.
”Ya Allah sedih dan pilu melihat lorong-lorong di Rantau Panjang.. moga peniaga-peniaga Rantau Panjang tabah menghadapi.
”Keadaan pada hari Rabu… moga Allah permudahkan segala urusan yang ada.
”Ya Allah ya Tuhan ku, berikan rezeki kepada mereka mencurah-curah,” doa wanita itu.
Sementara itu, di ruangan komen pula, ada netizen yang menyifatkan sekarang ini adalah zaman pembelian secara atas talian.
‘Eranya sudah sampai ke kemuncak, pembelian online telah ambil alih.
”Orang beli online sekarang.. tak perlu habis minyak kereta, bayar parking bagai.
”Sekarang orang suka beli online… orang jarang beli di kedai,” demikian antara komentar pengguna media sosial terhadap tempat yang pernah popular satu ketika dahulu.
BACA JUGA Ramai terkejut lihat gaun sanding Jeslina Hashim, rupanya dihiasi 10,000 berlian