Isu 3R: Kertas siasatan Muhyiddin dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.
“Kita juga telah rakam keterangan daripada Tan Sri Muhyiddin dan beliau menjawab semua soalan yang diberikan.
“Kertas siasatan telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Bernama hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini memaklumkan sudah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
Muhyiddin berkata dokumen terbabit diserahkan ketika polis mengambil keterangan dipejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada pukul 11 pagi tadi.
BACA JUGA Harga diesel turun kepada RM3.23 seliter