Menteri lepak dengan pelajar di kedai mamak tuai perhatian ramai

‘Tak pernah lagi Menteri Pendidikan lepak kedai mamak dengan pelajar-pelajar”.

Itu pujian seorang netizen yang ditujukan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu video yang dimuat naik di Facebook beliau.

Video berdurasi seminit 13 saat beserta kapsyen Sesi Larut Malam bersama Pelajar IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan itu memaparkan Fadhlina berjumpa dengan pelajar di kedai mamak.

Dalam video tersebut, kelihatan para pelajar khusyuk dan teruja mendengar ‘amanat’ daripada Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Berikutan sikapnya yang positif itu, Fadhlina menerima komen-komen yang ‘murni’ daripada netizen yang singgah di Facebook beliau.

”Ini inisiatif yang baik. Terus berjumpa dengan pelajar dan bakal guru. Tahniah YB!

”Turun tak kira masa.. memang hebat YB kita ni..

”Alhamdulillah, mereka akan kenang sampai bila-bila yang mereka pernah disantuni oleh seorang menteri… terbaikkkk YBM!,” tulis netizen di ruangan komen.

BACA JUGA Akhirnya muncul lepas diseru, Yusuf Azmi kata tak mahu campur hal politik