Netizen mulakan hashtag #tangkapmuhyiddin di media sosial

Pengguna media sosial sejak semalam mula melancarkan tanda pagar tangkap Muhyiddin susulan kontroversi membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Kemarahan orang ramai terhadap Presiden Bersatu terus meningkat berikutan pembangkang masih mempertahankan tindakan mereka.

Hasil pemerhatian Harapan Daily,  tanda pagar #tangkapMuhyiddin, #tarikgelaran dan #pertahanpahang telah mula digunakan dengan banyak kali di Facebook, aplikasi X dan Instagram.

Seorang rakyat Pahang, Saharah Seman kecewa dengan sikap Mahiaddin dan mahu polis mengambil tindakan terhadap bekas PM ke-8 itu.

“Sultan kami maruah kami rakyat Pahang. TS Muhyiddin Yassin telah secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu.

“Diharapkan agar PDRM dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap TS Muhyiddin Yassin. #pertahanpahang #06pertahanpahang,” catatnya.

Liyana Marzuki pula mengimbas kembali sikap Perikatan Nasional ketika parti itu ingin mendapat kuasa. Pada waktu itu mereka paling lantang mempertahankan Yang di-Pertuan Agon.

“Tahun 2020, Agong disembah dan diangkat kerana dia nak jadi PM tanpa pilihanraya. Siap Agong pertahankan pelantikan dia. 

“Fast forward 2023 dan 2024, diperli dan diperlekeh Agong yang sama. Berulang kali. Agong yang sama yang pertahankan dia masa mula jadi Perdana Menteri. Lupa daratan sungguh manusia ini,” katanya.

Mahiaddin dalam kenyataan kelmarin mempertahankan tindakannya, mendakwa ucapannya adalah fakta dan percaya beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilaporkan telah menyatakan sokongan penuh kepada Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan gesaan supaya Mahiaddin disiasat.

Pemuda Bersatu pula pada semalam membuat laporan polis, mendakwa rakaman video Mahiaddin telah disunting untuk memburukkan pemimpin PN terbabit sekali gus dikaitkan dengan isu raja, Melayu, agama dan bangsa (3R).

BACA JUGA Mahiaddin, PN perlu henti bangkitkan isu keabsahan pelantikan PMX – Faiz