‘Mak saya kata YB suka tudung bawal’

Tudung bawal sememangnya menjadi pakaian yang sinonim dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Berdasarkan gambar-gambar di media sosial, beliau dilihat gemar berbaju kurung beserta pelbagai corak tudung bawal yang menjadi pelengkap dalam kebanyakan acara yang perlu dihadirinya.

Namun, baru-baru ini, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu telah ‘dikejutkan’ oleh seorang murid yang mendekati beliau.

Menurut cerita Fadhlina di Facebooknya, ketika beliau menghampiri murid itu untuk bersalam, terdapat sebuah kotak di tangan murid perempuan itu.

”Terus beliau (murid) itu kata, YB tudung bawal ini untuk YB. Mak saya hadiahkan. Mak saya kata YB suka tudung bawal. Saya terus memeluk erat anak ini.

”Begitulah kasih sayang yang saya sering terima setiap kali turun ke lapangan. Entah berapa banyak tudung bawal dikirimkan kepada saya atas tanda kasih sayang.

”Anak siapalah yang sopan santun ini? Ibunya pula baik hati mengirimkan tudung bawal kepada saya sedang kami tidak pernah bertemu atau kenal antara satu sama lain.

Terima kasih Puan dan anakndanya!,” tulis Fadhlina dalam catatan itu.

Menurut Fadhlina lagi, jika rakyat mengasihi pemimpin seperti itu, pemimpin pasti menyayangi dan menyanjungi rakyatnya jauh lebih tinggi.

Ini kerana katanya, kasih sayang seperti itu membuatkannya bertekad untuk terus bekerja keras demi rakyat.

”Pendidikan manusiawi, Malaysia Madani Begitulah kisah bangsa bawal,” katanya lagi.

BACA JUGA 150 NGO, individu, gesa rakyat Malaysia ketepi prasangka, lihat sebagai isu kemanusiaan