Suami isteri sanggup sewa tanah tanam jagung, berjaya tuai hasil cecah RM10,000
Peribahasa ‘berbudi kepada tanah, lambat-laun mendapat hasilnya’ mempunyai makna besar kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada setiap individu atau kumpulan yang mengusahakannya.
Perkara sama terjadi kepada sepasang suami isteri di Setiu, Terengganu apabila mereka yang tidak memiliki tanah sendiri, namun mendedahkan mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000 bagi setiap musim tuaiĀan.
Menurut laporan Kosmo, Zuraidah Mohd Noor, 40, berkata, dia dan suaminya, Azmi Abdullah, 47, menyewa tanah seluas 1.6 hektar milik seorang penduduk pada kadar RM400 setahun untuk menanam tembikai dan jagung.
”Kami menanam tembikai dan jagung secara bergilir-gilir bagi mengekalkan kesuburan tanah.
”Misalnya, pada awal tahun ini, kami menanam tembikai yang dituai sepenuhnya pada Mei lepas sebelum menanam jagung pula,ā katanya.
Pada musim ini, Zuraidah menganggarkan hasil tuaian jaĀgung berpotensi mencapai RM10,000.
Tambah Zuraidah lagi, sistem penggiliran yang diamalkan mereka bertujuan untuk menjimatkan masa dan kos operasi kerana menggunakan batas dan sistem pengairan sedia ada.
Buat masa ini katanya, dia dan suaminya sedang menunggu hasil jagung baka madu dan mutiara yang diusahakan.
”Kedua-dua varieti jagung itu mendapat permintaan tinggi pada harga borong yang boleh mencecah RM1 setongkol.
āBagi jualan runcit, kami menjual jagung madu dan mutiara pada harga RM10 untuk lapan tongkol,ā ujar beliau.
BACA JUGA āMak saya kata YB suka tudung bawalā