IOI City pusat beli belah pertama benar solat Jumaat dalam ‘mall’

IOI City Mall, Putrajaya akan mula membenarkan orang ramao untuk menunaikan solat Jumaat di musolla pusat beli belah berkenaan bermula 6 September depan.

Menurut makluman dari Facebook IOI City Mall, ia memaklumkan inisiatif ini adalah kerjasama dengan Pejabat Agama Islam Sepang (PAID).

Solat Jumaat itu akan bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang di Musalla, East Wing, untuk memberikan kemudahan yang lebih baik untuk para jemaah lelaki.

Untuk jemaah perempuan perempuan, mereka boleh menggunakan Surau di West Wing, Basement P3 (berhampiran Terminal Bas), Lower Ground berhampiran Tony Roma’s & Ayu Borneo dan Aras 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko) semasa solat jumaat berlangsung.

Sebelum ini Malakat Mall di Cyberjaya yang telah ditutup operasinya, juga pernah membenarkan pengunjung mengadakan solat Jumaat.

Namun ia tidak diteruskan selepas ia tidak mendapat kelulusan untuk solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Arahan itu dikeluarkan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang pada Jun tahun lalu yang memaklumkan, sebarang pelaksanaan solat Jumaat tanpa kebenaran pihak berkuasa agama adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 97(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (EPAINS 2003).

BACA JUGA Pelaburan RM29.2 bilion oleh anak syarikat Amazon di Malaysia bukti keyakinan terhadap ekonomi MADANI