Heboh pengasas Telegram ditangkap di lapangan terbang Perancis

Bilionair yang juga pendiri aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditangkap di Perancis pada petang semalam.

Lapor BBC News, Durov, 40, dilaporkan tiba di Perancis melalui Lapangan Terbang Le Bourget dari Azerbaijan sebelum ditahan pihak polis.

Dia ditahan di bawah waran berkaitan kesalahan yang melibatkan aplikasi mesej popular berkenaan, menurut media tempatan.

Difahamkan, waran tangkap dikeluarkan kerana Durov tidak bekerjasama dengan pihak keselamatan Perancis dalam kes penyeludupan dadah dan jenayah berat lain di Telegram.

Durov, yang juga pengasas platform media sosial Rusia VKontakte, mencipta Telegram bersama saudaranya, Nikolai.

Memiliki lima kerakyatan rasmi termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Perancis, Saint Kitts dan Nevis, Russia serta bekas Kesatuan Soviet, Durov dianggarkan memiliki kekayaan sekitar £14 bilion(RM81.69 bilion).

Pernah mengaku menjadi bapa kepada 100 anak kandung, sperma Durov tersedia untuk dibeli dari sebuah klinik di Moscow pada harga cuma 35,000 rubel(RM1,596).

BACA JUGA Kalah besar dibelasah JDT tapi Selangor pula sohor kini