Lebih 320 roket Hizbullah bedil utara Israel

Hizbullah melancarkan lebih 320 roket ke utara Israel sebagai serangan balas besar-besaran ke atas pengganas rejim Zionis.

Serangan dilancarkan ke arah al-Jalil serentak dari pelbagai lokasi dari Lubnan, lapor AlJazeera.

Lokasi sasaran peluru berpandu dari kumpulan yang disokong Iran itu termasuk barat Galilee dan Golan Heights.

Dalam kenyataannya, Hizbullah berkata, serangan ‘fasa pertama’ itu merupakan tindak balas terhadap pembunuhan pengganas rejim terhadap komander tertingginya, Fuad Shukr di Beirut pada bulan lalu.

Bedilan dilancarkan selepas pengganas rejim melancarkan serangan roket selama 20 minit pagi tadi.

Sasaran rejim ke Lubnan termasuk Kounin, Beit Yahoun, Haddatha, Rashaf dan Tiri.

Dalam masa sama, rejim Zionis turut melaksanakan pembatalan penerbangan masuk dan keluar dari Tel Aviv sebagai langkah keselamatan.

Sejak pembantaian pengganas Israel di Gaza bermula pada Oktober tahun lalu, Hizbullah dan Israel berbalas serangan hampir setiap hari.

Serangan udara Israel pada petang 30 Julai lalu membunuh Fuad Shukr, disusuli beberapa jam kemudian esoknya, dengan pembunuhan ketua sekutu Hizbullah, Hamas, Ismail Haniyeh, dalam serangan pengganas Israel di Tehran.

Sekurang-kurangnya 542 syahid di pihak Lubnan sejak keganasan zionis meletus yang turut meragut nyawa orang awam.

BACA JUGA PRK Mahkota: Ini sebab mengapa Ahmad Maslan harap jentera BN bergerak lebih aktif