Kamarul Zaman tarik balik saman Khalid Samad tanpa kos

Kes saman fitnah oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berhubung artikel bertajuk “Jangan Lupa Tunjuk Ijazah dan CGPA” selesai secara damai hari ini dengan kes ditarik balik tanpa kos.

Peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu memaklumkan keputusan berkenaan menerusi Facebook beliau.

Faiz Fadzil

Menurutnya, kes membabitkan artikel yang disiarkan menerusi akhbar Mingguan Amanah itu di difailkan pada 6 Januari 2022 di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Kamarul Zaman yang pernah dilantik sebagai pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diwakili peguam Mohd Harris Mohan.

BACA JUGA Mohamad Sabu lancar penjualan durian Malaysia di pasaraya Shenzen