Lebih daripada Dajal, Presiden Pas dihujani kecaman

Tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menggelar parti politik pihak lawan sebagai ‘lebih daripada dajal’ dilihat terus mendapat kecaman sehingga ke hari ini termasuk daripada netizen.

Seorang TikTokers dikenali sebagai Taufiq Iskandar menyifatkan tuduhan melampau tanpa bukti yang kuat boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar.

”Dari semalam aku duk fikir, macam manalah seorang Presiden Pas, seorang ulama boleh menuduh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) lebih dari dajal?

Abdul Hadi Awang

”Biasanya kalau kita merujuk kepada tindakan menghakimi ini, atau menuduh seseorang dengan tuduhan yang sangat berat dan menganggap lebih jahat lebih buruk dari dajal, dalam konteks Islam dajal adalah simbol kejahatan yang tertinggi yang akan muncul di akhir zaman,” katanya di TikTok.

Dalam hantaran di Facebook pada 23 Ogos lalu, Abdul Hadi mendakwa UMNO yang rosak bersama PH meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda utama bagi menegakkan dan mempertahankan kerajaannya.

Beliau mendakwa, perkara itu digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada dajal.

Dakwanya lagi, mereka membeli rakyat dengan wang dan kebendaan supaya menyokong dan pada masa sama menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang diwajibkan mengikut agama dan amalan demokrasi.

Katanya, UMNO berkeliaran dalam PH yang menjadi kerajaan berkuasa dan dijadikan tempat pergantungan makhluk perosak sepanjang zaman.

BACA JUGA ‘Bapak ah kena palau’, pemuda dedah perangai orang Korea tapi ini cara betul berkomunikasi