Pasukan SAR guna benda ini untuk cari mangsa tanah jerlus
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang dilaporkan terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, kini tertumpu kepada mengeluarkan serpihan batu di saluran air pembentung.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pasukan SAR menemui longgokan batu besar ketika membuat pemeriksaan menggunakan kamera khas ‘push rod’ dan ‘crawler’ di lurang kumbahan berhampiran Wisma Yakin.
Beliau berkata, setakat ini operasi ‘flushing’ dan mesin ‘jetter’ berkuasa tinggi sehingga 3,000 psi iaitu pacutan air tekanan tinggi telah digunakan untuk menembak serpihan yang ada dalam lurang pembentungan Wisma Yakin.
“Setakat ini tumpu di lurang kumbahan Wisma Yakin kerana awal pagi tadi (Isnin) pasukan penyelamat telah menggunakan kamera yang bergerak dalam pembentungan.
“Dalam jarak kira-kira empat meter, dikesan ada serpihan objek berupa batu bata, jadi kita berterusan guna teknik ini dan pecahkan serpihan objek supaya bila pecah, air akan turun ke bawah dan apa juga termasuk badan manusia akan melepasi objek itu,” katanya memetik Sinar Harian.
Dalam insiden pada Jumaat lalu,seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri terjatuh ke dalam tanah jerlus berhampiran Masjid India.
BACA JUGA Mohamad Sabu lancar penjualan durian Malaysia di pasaraya Shenzen