Tular dakwaan kes gaduh di Hospital Jasin, seorang ditetak, ambulans rosak
Tular rakaman video pergaduhan di Hospital Jasin, Melaka sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya sebuah ambulans rosak akibat serangan malam tadi.
Difahamkan, sekumpulan kaum India membuat kekacauan di Unit Kecemasan dalam insiden yang bermotifkan dendam.
Menurut sumber, pergaduhan itu menyaksikan seorang lelaki India yang telah ditikam di lokasi yang berbeza dikatakan telah dibawa ke hospital itu.
“Saya dengar ia adalah serbuan geng balas dendam. Tetapi mengapa anda perlu menyerang harta awam?
“Ambulans adalah untuk kecemasan dan menyelamatkan nyawa,” kata sumber yang berkongsikan hal itu di akaun Facebook miliknya.
Sementara itu, sumber lain memaklumkan mangsa berkenaan mati ditetak.
Menerusi rakaman video, sumber memberitahu keganasan yang berlaku pada pukul 9 malam itu melibatkan lima individu bertopeng dan berparang.
Portal berita Malaysia Gazette pula turut memuat naik rakaman video berdurasi 40 saat yang memaparkan suasana riuh rendah ketika pergaduhan dan serangan itu berlaku di perkarangan Hospital Jasin.
Semakan Harapandaily di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bagaimanapun mendapati tidak ada apa-apa makluman berkaitan insiden yang menganggu ketenteraman awam dan mengancam nyawa itu.
BACA JUGA ‘Bapak ah kena palau’, pemuda dedah perangai orang Korea tapi ini cara betul berkomunikasi