Apa yang buat pelancong nak datang lagi ke Malaysia? Netizen ini ada jawapannya
Seorang warga asing baru-baru ini mengingatkan pelancong agar berhati-hati jika datang ke Malaysia.
Ini kerana katanya, Malaysia sangat mempesona sehingga membuatkan pelancong berasa ingin datang lagi ke meskipun sudah beberapa kali berkunjung ke negara berkenaan.
“Hati-hati, anda boleh ketagih dengan negara ini dan jenama penerbangan nasionalnya, melainkan anda mampu untuk membeli tiket kapal terbang dua atau tiga kali setahun,” tulis pengguna itu.
Dalam tulisannya itu, warga maya tersebut menggambarkan keindahan yang dimiliki Malaysia daripada segi pemandangan ibu kota Kuala Lumpur sehinggalah ke pesawat Malaysia Airlines.
Bukan itu sahaja, malah seorang lagi warga maya turut menyifatkan bahawa Malaysia bukan sekadar KL dan pelancong seharusnya berkunjung ke tempat lain yang menarik di Malaysia.
Warga maya itu turut menyatakan bahawa Malaysia juga terkenal dengan rakyatnya yang mesra dan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang baik, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi mesra pelancong.
“Malaysia terkenal dengan layanan mesra, makanan yang sedap-sedap dan pulau-pulau yang mempersonakan.
”Kira-kira 70 peratus penduduk boleh berbahasa Inggeris. Di bandar, ramai yang boleh bercakap dan menulis bahasa Inggeris,” kata salah seorang netizen memetik WeirdKaya.
Dalam pada itu, para pelancong turut memuji syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang menyediakan hospitaliti menarik.
BACA JUGA KL didakwa dibina atas gua kosong, siapa pula ahli geologi Dr Sarah dari UM?