Daerah paling ‘maju’ dadah, MP rupanya berselera tunggang motor ‘rare’

Pendang dengan jumlah tertinggi penagih dadah di negara ini menyaksikan Ahli Parlimennya berselera menunggang motosikal ‘rare’.

Tular di media sosial gambar wakil rakyat Pas, Datuk Awang Solahuddin Hashim di sisi motosikal berkuasa tinggi Honda NM4 bersaiz besar.

Ahli Parlimen yang lantang membangkitkan isu peruntukan kepada pembangkang berkenaan dilihat bersama seorang pemuda yang sedang membaiki motor berwarna hitam itu.

Tangkap layar kenyataan pemuda berkenaan di Facebook yang tersebar itu antara lain mengucapkan terima kasih kepada Awang yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia kerana datang ke kedainya.

Awang Hashim

“Motor rare. 3 biji dalam Malaysia katanya (Awang),” dakwanya mengakibatkan dipertikai warganet.

Semakan Harapandaily mendapati skuter super model NM4 Vultus 750cc sudah mula berada di pasaran pada 2014 dengan beberapa kemaskini pada 2016.

Harga motor itu di pasaran sekitar RM80,000, menurut saluran TikTok swaphub.co.

Rata-rata menyindir Awang Hashim yang berpendapat penonjolan skuter jarang nampak di jalan raya itu tidak kena dengan kerusi Parlimen diwakilinya yang terpalit dengan ketagihan dadah.

Awang, 60, merupakan antara ahli Parlimen pembangkang yang dikenali sebagai gemar mengganggu sesi persidangan Dewan Rakyat.

Dia kerap menimbulkan kontroversi, antaranya mendakwa rejim Tun Dr Mahathir era 1990-an lalu tidak sezalim pentadbiran PMX.

Bekas eksekutif perbankan itu juga pernah berkata, Islam melarang tindakan pembasmian kemiskinan atas alasan perlu ada orang miskin untuk golongan kaya mengeluarkan zakat.

BACA JUGA KL didakwa dibina atas gua kosong, siapa pula ahli geologi Dr Sarah dari UM?