Pas sembang ‘terpaling’ ahli geologi, air Kelantan berpuluh tahun pun tak selesai
Ramai menempelak Pas apabila lidah rasmi parti pembangkang itu tiba-tiba muncul sembang ‘terpaling’ ahli geologi ekoran bencana lubang benam di Kuala Lumpur.
Menerusi platform X, Harakahdaily menyatakan kejadian membabitkan seorang wanita warga India itu “boleh dijadikan sebagai peringatan (wake up call) kepada kerajaan persekutuan dan negeri supaya menggunakan bajet yang selayaknya dalam memahami kerencaman geologi negara ini.”
Namun, hantaran itu dihujani dengan kecaman dan sindiran termasuk mengingatkan Pas yang mentadbir puluhan tahun Kelantan masih gagal menangani isu bekalan air bersih.
“Suruh pak lebai baiki dulu LRA (Loji Rawatan Air) Kelantan tu hah. Baru boleh sembang bab jalan di Kuala Lumpur,” nasihat @ijam_rahim1744.
“Tak payahlah unnn (walaun)… Air di Kelantan berpuluh tahun tak boleh nak selesai lagi mahu sembang,” kata @AhmadZa92069420 diikuti emoji ketawa.
Untuk rekod, kerajaan negeri Kelantan pada Mac lalu dilapor memberi jaminan masalah air yang membelenggu penduduk di negeri itu sejak hampir 30 tahun lalu akan selesai sepenuhnya pada 2027.
Dalam masa sama, ada juga yang secara sinis mengajak Pas ‘bermuhasabah’ dengan menyertakan gambar Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh yang dianggap ketinggalan zaman.
“Tukar Terminal Bas Negeri dulu. Baru sembang bajet Kerajaan Persekutuan,” kata pengguna X, Amer Hamzah.
Selain itu, masalah perparitan dan saliran di Kelantan tidak terkecuali sekitar bandar Kota Bharu juga dibangkitkan.
“Longkang pun tak reti nak selenggara, lagi nak sembang tanah jerlus bagai. Elok kambuih walaun dalam tu ja,” cemuh @TartNenas666 pula.
BACA JUGA Rupanya ini makna ‘Gentar Nafas’ yang dilancarkan Mohamad