Sentuh kewibawaan Agong ke-16: Mahiaddin dituduh di mahkamah hari ini

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dituduh di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu dituduh atas isu menyentuh  kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mahiaddin menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, susulan ceramahnya yang didakwa menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, awal bulan ini.

Pendakwaan Mahiaddin hari ini menjadikan beliau bekas Perdana Menteri pertama yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Ketibaan beliau diiringi beberapa pemimpin tertinggi PN antaranya Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

BACA JUGA Bukan calang-calang, Jungle Girl mampu raih RM1 juta di TikTok dalam seminggu