Wan Fayhsal malu, padam komen di IG Dr Maza lepas kena sekolah

Hantaran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memuji kelantangan Perdana Menteri mempertahankan Palestin nampaknya tidak disenangi Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dalam satu hantaran di Instagram, Dr Maza percaya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin kelmarin bukan lakonan politik.

Beliau menyebut bahawa ia adalah andaiannya sebagai individu yang tidak terlibat dalam politik, selain menyebut “pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang tidak memegang tampuk kuasa sahaja yang biasanya bercakap demikian”.

Membalas kepada hantaran itu, Wan Fayhsal meninggalkan komen mengatakan mereka juga menyokong perkara baik dibuat PMX untuk Palestin, namun masih ada ruang “syubhah” yang perlu ditilik.

Tidak pasti apa yang cuba disampaikan Wan Fayhsal.

Namun komen itu dibalas semula oleh Dr Maza kerana Ahli Parlimen Machang itu nampaknya tidak memahami apa yang cuba disampaikan.

“Lain yang dicakap, lain pula yang saudara faham. Saya kata kelantangan yang seperti itu biasanya gerakan Islam sahaja yang berani ungkap…,” katanya.

Hasil carian Harapan Daily, komen itu sudah dipadam.

Beberapa pengguna media sosial juga menyerbu ruangan komen IG Dr Maza untuk melihat balasan komen mufti itu kepada Wan Fayhsal.

Tetapi tangkap layar komentarnya sempat dikongsi seorang pakar hadis, Dr Rozaime Ramle dan dimuat naik di Facebook.

“Tahulah pembangkang tetapi takkan puji gerakan Islam pun YB ini nak bangkang.

“Pening juga ada YB yang begini,” kata Rozaime.

BACA JUGA Kamarul Zaman tarik balik saman Khalid Samad tanpa kos