‘La ni depa tak mau dah USD, depa mahu SD’
”Dulu depa punya la bising bila Ringgit Malaysia mencecah RM4.79 per dolar Amerika.. sekarang mana depa pergi? Awat senyap je?
Itu persoalan yang ditujukan seorang netizen bernama Edy Noor Reduan kepada pembangkang berhubung perkembangan terbaharu tentang Ringgit Malaysia.
”Depa ini seolah-olah tak seronok bila ringgit naik menokok macam ini.. adakah depa pergi pasar guna USD? Oooo patut lah, depa la ni tak mau dah USD, depa cuma mahukan SD,” katanya secara sindiran di platform TikTok.
Menurut pemuda itu lagi, sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur dengan kedudukan ringgit pada ketika ini.
”Terus juga berdoa agar ringgit terus naik menokok sehingga RM4 per dolar dan turun bawah daripada RM4 per dolar.. insya-Allah,” katanya lagi.
Pada 8 pagi semalam, ringgit dilapor berada pada 4.3470/3505 berbanding dolar AS, paras yang sama ketika ditutup pada Isnin.
Menurut seorang penganalisis, ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka semalam, berikutan jangkaan yang tinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Presiden Fed San Francisco, Mary Daly memberikan bayangan bahawa pengurangan kadar faedah sebanyak suku mata kemungkinan diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed pada 17 hingga 18 September depan.
“Trajektori ringgit kekal positif memandangkan status quo dasar monetari Malaysia dijangka kekal, dan ini menunjukkan perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed AS dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia mungkin mengecil dalam beberapa bulan akan datang.
“Pada masa sama, aktiviti pengambilan untung dijangkakan berlaku kerana pelabur mungkin mahu memanfaatkan sebahagian keuntungan daripada kenaikan itu,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata ringgit diunjurkan bergerak ke arah paras sokongan serta-merta RM4.3000 dalam tempoh terdekat.
BACA JUGA Fahmi tak jadi bertanding Presiden KLFA, ini puncanya yang mengejutkan
Â