‘Kantoi’ guna gambar kaunter Air Kelantan lengang: ‘Dah serupa dajjal menipunya’
Portal lidah rasmi Pas ‘kantoi’ ketika menyiarkan laporan negatif mengenai disiplin penjawat awam.
Harakahdaily rupanya menggunakan gambar tertera logo Air Kelantan (AKSB) tetapi dikaburkan yang dianggap pemerhati politik, Liyana Marzuki sebagai “buat perangai hodoh lagi tidak bertamadun.”
“Semalam, Harakah keluarkan propaganda nak burukkan penjawat awam.
“Katanya “Dah jam 9 pagi seorang pun tiada di kaunter”. Dalam kata halus, nak tunjuklah, kerajaan naikkan gaji mereka pun tak guna,” ujarnya menerusi platform X.
Liyana berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kemudiannya memberi maklum balas dengan mengingatkan agar tidak menggunakan gambar lama.
“Kenapa guna gambar lama nak bangkitkan isu penjawat awam sekarang?
“Kita pun carilah gambar lama di mana. Semak punya semak, rupanya itu gambar kaunter Air Kelantan Sdn Bhd yang tular tahun lepas yang pemimpin Pas back up kakitangan tiada di kaunter kerana ke tandas,” tulisnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat media rasmi Pas berkenaan seperti dajjal, meminjam gelaran digunakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang apabila mengaitkan kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri lalu sebagai ‘politik dajjal’.
“Harakah ni ya Rabbi dah serupa dajjal juga menipunya.
“Dahlah guna gambar lama nak burukkan penjawat awam kita, dia pergi guna gambar kaunter negeri dia, siap blur kan nama (Air Kelantan).
“Tak tahulah ni set dajal terlebih cerdik ke, atau jenis binga* tak bertebing.
“Yang penting, korang tak yah lah baca Harakah lagi. Low class sangat dah ni,” tulis Liyana lagi.
BACA JUGA Cari salah ‘orang gomen’ guna gambar lama, JPA tegur Harakah, Encik Bakar