Muslimat Pas pertahan miliki beg LV lepas dakwa ramai mati kelaparan

Seorang muslimat Pas mengundang kecaman ramai selepas didapati memiliki beg tangan jenama mewah Louis Vuitton (LV), dalam keadaan dia sebelum itu mendakwa ada rakyat Malaysia mati kelaparan ekoran kurangnya bekalan beras tempatan.

Di akaun X miliknya, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Melaka, Hawa Yaakub menyelar satu laman ‘troll’ kerana memuat naik gambarnya membawa beg tangan LV.

Laman itu secara sinis berkata, Hawa sanggup menjualnya demi membantu rakyat yang kesusahan.

Muslimat Pas itu berkata, penyokong kerajaan sudah tiada idea lain sehingga terpaksa membangkitkan isu beg LV miliknya 

Dia menyindir bahawa beg tangan miliknya lebih murah berbanding helikopter dan Bently

Dia merujuk isu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki kereta Bently Flying Spur yang disediakan kerajaan Sarawak ketika berkunjung ke sana.

Dia juga mengecam mereka yang menyerangnya kerana mereka tidak tahu siapa yang membelikan beg itu.

“Walanon tahu ke siapa yang membeli LV untuk saya dan untuk majlis apa? Apa yang paling penting adalah orang yang belinya tak guna duit pembayar cukai,” katanya lagi.

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyangkal dakwaan pemimpin Pas itu yang mendakwa banyak kes mati kelaparan di bawah kerajaan Madani kerana ketiadaan beras.

Sambil menyifatkanbya sebagai melampau dan kurang cerdik, Rafizi meminta Hawa agar menghantar senarai rakyat yang memerlukan bantuan kepadanya.

BACA JUGA Rekaan baju merdeka murid ini curi tumpuan, dah setaraf kostum Miss Universe!